Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku
Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku
Jumlah Paparan Halaman
Isnin, 9 Januari 2012
Ahad, 8 Januari 2012
Sebutir kata...Secebis rasa...Sejuta rahsia
Hidup ini memang penuh dengan dugaan, memang teruja nak tunggu ape yang menanti hari esok lusa..menggalas tanggungjawab sebagai hamba-Nya memang sesuatu yg berat..walaupun badan letih dikerah ttp ukhuwah indah yg terbina meniup kekuatan utk meneruskan perjuangan hidup yg sgt singkat ni..
Masa yang kita ada mungkin sekejap cuma..meneruskan perjuangan hidup di dunia yang sementara, menagih pengorbanan yang tidak terkira..segala suka duka bahagia sengsara, menjadikan hidup ini sungguh bermakna..segala yang indah di mata, mungkin akhirnya membuatkan mata berkaca..segala puji dan puja untuk kita, mungkin akhirnya bertukar keji dan cerca..usahlah mengharapkan kemuliaan di kalangan manusia, bila akhirnya hanya nisan putih menjadi tanda nama…berkejaran mengumpul harta dan merebut pangkat, menjadikan hidup sia-sia tanpa berkat..kenapa dibiarkan remaja menempah neraka, sedangkan mereka adalah bakal pelapis bangsa..apa perlunya berebut kuasa, bilamana agama diamalkan hanya pada nama..tanpa iman dalam dada, ilmu selautan menjadi tuba..satu kata sejuta makna, setiap yang menyaksi menafsir berbeza..setiap yang merasa, mengerti dengan penuh rahsia…
Isnin, 2 Januari 2012
cerita 2012
Selamat menyambut tahun baru 2012...tahun baru azam pon mesti la baru kan..azam aku tahun nie nak ader pasangan hidup..perkara yang lepas nak dilupakan..tapi kadang-kadang bile nak dilupakan makin ia dekat dengan aku..biarla asalkan aku bahagia dengan si dia..tapi 1 hari sebelum dan hari tahun baru da aku sedih entah ape la silapnya ader saje yang tak kena dengan hubungan kami..tapi xpela aku tau semua nie ujian untuk kami berdua..yela kami bukan selalu pon bergaduh, kate orang sedangkan lidah lagi tergigit nie kan pula dalam berpasangan aderla pasang surutnya.aku jadikan semua nie pengalaman dan pengajaran untuk tahun baru aku harap aku lebih tabah, sabar, kuat dalam menghadapi pelbagai lagi cabaran hidup nie..dan tahun 2012 ramai jua yang da bercadang mendirikan rumah tangga termasukla aku tapi tarikhnya...masih belum diketahui..tunggu c.hubby i nie lambat no nak tetapkan tarikh..hehehe..pepon aku tunggu dengan penuh sabar...ok la..da..
Langgan:
Catatan (Atom)